Bismillahirrahmanirrahim, (بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Kesakitan itu amat sakit, tidak tertanggung sakitnya..bila berada dalam situasi sakit kita akan meronta-ronta kesakitan. Bila orang tanya, kita mampu jawab 'Hanya Allah tahu betapa sakitnya'. Ya, Memang teramat sakit! Walau apa jua kesakitan yang dialami dapat diubati.. melainkan sakit Tua dan Mati. Kita perlu ikhtiar dengan apa cara sekalipun apabila sakit datang..banyak cara yang kita dapat ubati sakit.
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Tiap-tiap penyakit itu ada ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"(HR Muslim dan Ahmad)
Kesakitan ini adalah ujian daripada Allah kepada kita, disebabkan oleh wabak, bala, ataupun disebabkan kelemahan dan kelalaian kita ini..dan Allah nak menguji sama ada kita ingat dia ataupun tidak! Ingat tak kita padaNya? sehari berapa kali kita ingat padaNya? Allahurabbi.. sedikit sekali kita ingat Dia, sedikit sekali kita bersyukur diatas segala nikmat yang Dia beri pada kita!
Masa sihat kita tak ingat pada Allah, kita tak bersyukur padaNya diatas nikmat sihat yang Dia beri..maka Allah datangkan penyakit kepada kita untuk kita sedar atas kekhilafan diri ini. Di dalam hadis riwayat bukhari ada mengatakan, "Ada dua jenis kenikmatan yang kebanyakan manusia lupa oleh kedua-duanya, iaitu kesihatan dan waktu lapang". Sihat dilupakan, sakit diingatan! Manusia memang sebegini 'lupa diri'! lupa dari mana kita datang, lupa ke mana kita akan dikembalikan..Allahurabbi.
Allah sayangkan kita, tapi kita? sedikit sekali kita bersyukur. Bila kita dah sakit masa tu baru kita nak ingat padaNya dan bersyukur diatas segala nikmat yang Allah beri selama ini. Allah Maha Penyayang! Dosa kita akan terhapus apabila kesakitan datang menimpa. Pemurahnya Allah.. sedarlah akan kesilapan wahai diri yang tidak terhitung banyak dosa kita padaNya.
Allah sayangkan kita, tapi kita? sedikit sekali kita bersyukur. Bila kita dah sakit masa tu baru kita nak ingat padaNya dan bersyukur diatas segala nikmat yang Allah beri selama ini. Allah Maha Penyayang! Dosa kita akan terhapus apabila kesakitan datang menimpa. Pemurahnya Allah.. sedarlah akan kesilapan wahai diri yang tidak terhitung banyak dosa kita padaNya.
Segala ujian yang Allah beri ada hikmah serta kenikmatan disebaliknya.
Hikmah disebalik kesakitan;
1.Allah mengangkat darjat dan menghapuskan dosa hambanya kerana bersabar menghadapi ujian dan cubaan. Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak ada seorang muslim pun yang ditimpa gangguan seperti tusukan duri atau lebih berat daripadanya melainkan dengan ujian itu dihapuskan Allah perbuatan buruknya serta digugurkan dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daunnya"(Riwayat Bukhari dan Muslim)2.Membentuk peribadi dan tahan uji dengan ujian dan melahirkan manusia berakhlak mulia serta melatih diri ini agar betambah sabar, tabah dan berpendirian teguh menghadapinya. Rasulullah SAW bersabda:
"Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukminin lelaki dan wanita yang mengenai diri, harta dan anaknya ( dengan sabar) sehingga dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa"(Riwayat Tarmizi)
Walaupun ada kenikmatan disebalik kesakitan kita juga perlu ikhtiar untuk menyembuhkan segala penyakit itu..banyak pekhidmatan yang ada seperti merawat secara perubatan islam..minum air tawar yang dibaca dengan ayat suci al-Quran, mengamalkan selawat syifa'..
Ada satu doa telah diajarkan oleh Rasulullah kepasa Utsman Ibnu Abil AshAssaqafi yang telah menderita suatu penyakit.."Bismillahi, Bismillahi, Bismillah, A'uzubillahi waqudratihi min syarri maa ujidu wa'uhazir",maksudnya: "Dengan Nama Allah, Dengan Nama Allah, Dengan Nama Allah, aku berlindung pada Allah dan qudratNya dari kejahatan penyakit yang aku deritan dan aku takuti"Rasulullah SAW bersabda: "Letakkan tanganmu pada bahagian sakit, bacalah ayat diatas tujuh kali, angkatlah tanganmu dan letakkan kembali, kemudian bacalah lagi tujuh kali, ulangi beberapa kali setiap hari dan malam"
Boleh juga menggunakan perkhidmatan hospital..rawatan daripada doktor, dan memakan ubat-ubatan tetapi Ubat bukan penyembuh. Ia hanyalah sebagai sebab musabbab sahaja. Penyembuh yang hakiki adalah Allah azza wa jalla. Sesiapa yang menganggap atau mengi'tiqadkan bahawa ubat dapat memberikan kesan atau menyembuhkan penyakit, maka orang dianggap syirik kepada Allah s.w.t. Sebab itu hadis riwayat Jabir sebagaimana diatas, Nabi menegaskan dengan perkataan: "Dengan izin Allah".
Supaya aku dapat menghadapi sebarang penyakit yang menimpa diri ini dengan penuh kesabaran.
Ya Allah, hindarilah aku daripada penyakit, jika Engkau datangkan kesakitan padaku..aku hanya mampu berdoa supaya aku menjadi hambaMu yang bersabar.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.