Saturday

Apabila BOSAN, dekatkan diri pada Allah :)


Bismillahirrahmanirrahim, (بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Manusia sering kali merungut dan mengeluh apabila diri sedang kebosanan. Hidup memang bosan kalau kita tak tahu apa yang kita harus buat. Banyak benda yang kita boleh buat untuk hilangkan kebosanan.

Ada segelintir manusia apabila bosan mereka akan berkata begini...
''Aku BOSAN lah''

''Takde orang nak layan aku ke? dah lah BOSAN ni''  

''takde buat apa pun cuti ni..BOSAN wehh''


Hai sahabat sehari berapa banyak awak cakap bosan? Berpuluh-puluh kali awak cakap bosan pun tapi bila awak masih duduk memikirkan kebosanan awak tu..takde maknanya hilang bosan awak tu..Cuba lah fikir apa yang perlu buat bila bosan tu.. Ada juga bila orang dah nasihat buat itu..ini.. masih cakap bosan lagi, sedangkan diri tu tak buat apa.


Kalau susah sangat nak hilangkan bosan tu.. Bukankah lebih baik fikir elok-elok apa yang harus kita buat..kita tanya pada diri, sudah laksanakan tanggungjawab pada Allah? solat..baca al-Quran.. Kalau belum buat dulu, guarantee bosan hilang. Percaya lah dekatkan diri pada Allah..saat itu bosan terus hilang. Bukan bosan je hilang..hati pun tenang. In shaa Allah! Kalau boleh buat seikhlas yang boleh. Bersyukurlah padaNya kerana masih hidup boleh melaksanakan apa yang kurang dalam dunia ni, jangan di akhirat baru nak menyesal. Tapi  waktu hidup kat dunia..masa bosan tak ingat Allah. Sudah terlambat!

Apabila terasa bosan banyakkan beribadah seperti baca al-Quran, solat sunat, memperbanyakkan solat sunat untuk cover solat fardhu kita yang terlalai akibat godaan syaitan. Buat amal kebaikan juga ibadah..setiap amal kebaikan kita semuanya ibadah.

Baca al-Quran lah saat hati kita betul-betul tenang. Tidak rasa bosan pun..apabila kita buka tafsir al-Quran, fahami ayat al-Quran..masa tu hati kita mesti tersentuh dengan kata-kata Allah. Pasti kita akan teruskan beribadah pada Allah. Apabila bosan, dekatkan diri pada Allah. Ingatlah 
InnAllaha Ma'ana!

Aku juga sering kali bosan tapi bila dah buat semua ini terasa manisnya ibadah.. pasti redha Allah yang kita mahukan..Bosan boleh dihilangkan dengan apa cara sekalipun, tak perlu nak merungut, mengeluh. Dengan izin Allah apa yang kita nak, pasti dapat.. ingatlah wahai diri kehidupan ini perlu banyak melaksanakan perintah..ibadah kepada Allah, melakukan segala amal kebaikan. Hidup ini hanya sementara, akhirat selamanya.. syurga atau neraka yang kita mahukan? fikirlah wahai diri..jangan terleka dengan kehidupan yang sementara ini. Katakan pada diri.. 'SYURGA AKU DATANG!'
Alhamdulillah~



1 comment: