Monday

Kenapa MARAH?! Jangan!


Bismillahirrahmanirrahim, (بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!



Setiap orang pasti ada perasaan marah. Marah itu akan datang tanpa kita duga, tadi kita gembira sekarang tiba-tiba je kita marah. Memang tak terduga datangnya perasaan marah itu, jadi kita perlu mengawal dan menghadapi kemarahan itu.

Apabila datangnya perasaan marah kita perlu bijak mengawal emosi marah itu. Marah yang tidak terkawal boleh membinasakan diri sendiri dan mengguris hati orang. Kita perlu kawal sifat-sifat yang dikeji oleh Allah. Syaitan sangat suka melihat umat manusia apabila api kemarahan menguasai diri. Suka ke kita syaitan tengah melompat kegembiraan sedangkan kita tengah marah? Syaitan mesti akan cakap "Hooreyy aku berjaya! aku berjaya!". Yang kita api kemarahan  tengah membara.. Bila kita marah kawan sebelah kita tengah gelak ketawa pasti geramkan.. pasti kita tak suka ada kawan macamtu.. dah tu kenapa marah? nak berkawan dengan syaitan? oh tidak!

Kita tak akan rugi bila mengawal emosi marah itu malah kita akan berjaya dan bahagia membuat syaitan pulak yang marah. Suka tak kalau syaitan marah? Mesti kita suka, kita pula yang akan melompat kegembiraan. Eh tak mungkin lah nak melompat sebab kita tak nampak syaitan laknatullah tu..tapi kalau kita terfikir syaitan tengah marah apabila kita tenang kita melompatlah kegembiraan pasti syaitan marah meluap-luap. Wah terasa bahagianya hidup ini dapat mengalahkan syaitan laknatullah.


Tips untuk mengawal kemarahan:

1.DIAM.
Apabila emosi marah menguasai diri, berdiamlah sebagaimana 
Sabda Rasulullah SAW:
    "Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah diam." (HR Imam Ahmad)


2.ISTI'AZAH.
Apabila emosi marah menguasai diri, berlindunglah kepada Allah (BerIstia'zah) sebagaimana firman Allah SWT: ''Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi bisikan/fikiran jahat daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). (Al-A'raaf: 200-201)

Dari Sulaiman bin Shurad r.a. katanya:
Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling maki-memaki. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah S.A.W bersabda:
''Sesungguhnya saya mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (kemarahannya), iaitu andaikata dia mengucapkan: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم, tentulah lenyap apa yang ditemuinya (kemarahannya) itu."Seseorang lalu berkata kepadanya (orang yang merah padam mukanya): "Sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda: Mohonlah perlindungan kepada Allah S.W.T dari syaitan yang direjam." (Muttafaq'alaih)
A'uzubillahi minash shaitanirrajim(أعوذ بالله من الشيطان الرجيم)
*BOLEH JUGA BACA AYAT KURSI DAN 3 SURAH QUL.
3.WUDHUK.
Apabila emosi marah menguasai diri, berwudhuklah sebagaimana sabda Rasulullah SAW: "Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk. (HR Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya).

4.TUKAR KEDUDUKAN.
Apabila emosi marah menguasai diri, tukarlah kedudukan sebagaimana Sabda Rasulullah SAW: "Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring."(HR Ahmad dan Abu Daud)
Melatihlah untuk mengawal emosi kemarahan wahai diri supaya tidak mengikut sifat syaitan yang dikeji oleh Allah ini. Kenapa Marah? kita tidak perlu marah...ada jalan terbaik untuk merasa bahagia  merasa gembira di dalam kehidupan ini. JANGAN MARAH, MARAH SIFAT SYAITAN!

Alhamdulillah~

No comments:

Post a Comment