Saturday

Jangan Mengumpat!


Bismillahirrahmanirrahim, (بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!



Mengutuk, mengkritik, mengumpat.. men..men.. dan seangkatan dengannya. Katakan TIDAK!  pada perbuatan ini. Jangan sesekali mendekati perbuatan ini wahai diri..Pebuatan ini sangat terkutuk! Memang kita tak sedar diri lah kalau tersemai perbuatan ini di dalam diri. Ya Allah..mudah-mudahan aku terpelihara daripada melakukan perbuatan ini, jika aku ada terbuat ampunkan lah aku Ya Allah.

Allah SWT berfirman di dalam surah al-Hujurat, ayat 12:
  ''...
Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Apakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah menjadi bangkai, tentulah kamu sekalian jijik memakannya..." 

MashaAllah! sanggupkah kita berbuat demikian? sudah tentu tak sanggup! Siapa nak makan  bangkaikan... Semua nak makan yang sedap je. Makanan yang tak sedap tolak tepi..mcm jijik sangat je, tapi mengumpat? Allahurabbi! Jangan, dan jangan melakukannya. Sentiasalah mengharapkan mengampunan dariNya, Sesungguhnya Allah Maha pengampun.

Rasulullah SAW ada berkata:
i. Apabila ada orang mengutuk orang lain, maka serta-merta arahkan si pengutuk supaya berhenti mengutuk.

ii. Apabila kutukan itu dibuat secara terbuka, maka tegur kesalahan si pengutuk itu secara terbuka juga.


Haa..ini tanggungjawab kita sebenarnya! Mari melakukanya..Mencegah! ya Mencegah! Kalau ramai yang buat mesti tiada siapa yang berani lakukan perbuatan mengutuk tu kan? tapi apakan daya..hm.

Ada satu persepsi orang r
amai.. cakapnya perempuan suka mengumpat (bergossip). Sedihnya kita kaum perempuan dilabelkan sebegitu, memanglah ada dalam kalangan kita memang sebegitu..Mari kita hindarkan perbuatan ini.. Lebih baik cerminkan diri sebelum tahu nak bergossip je! Tahu diri tak sempurna tapi mengutuk orang juga..buruknya perangai! Sangat tidak baik perbuatan ini..Jom kita cegah! Cegahlah wahai diri.. aku tak nak tersemai perbuatan mengumpat ini di dalam diri..

Dari Jabir dan Abi Said,Rasulullah S.A.W bersabda:
"Awaslah daripada mengumpat,kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. Sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. Maka diterima Allah S.W.T akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat,tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpatnya itu."

Apa?!! Mengumpat tu lebih teruk daripada berzina? Banyaknya dosaku Ya Allah! Ampunilah dosaku Ya Allah.. belum sedar ke wahai diri? Lebih baik pergi bertaubat sebelum terlambat.. Ya Allah, Ya Allah! Aku tak nak dibelenggu kedosaan Ya Allah.. 

Alhamdulillah :D

No comments:

Post a Comment