Bismillahirrahmanirrahim, (بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berkata,"Orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia memandang orang lain rendah, meremehkan dan menganggap orang lain itu tidak layak mengerjakan suatu urusan dia juga sombong dari menerima kebenaran dari orang lain". (Jami'ul Ulum Wal Hikam 2/275)
Sombong, takbur dan angkuh...ini sifat iblis dan syaitan laknatullah! Jangan ikut perangai mereka! Kerja mereka untuk menyesatkan manusia di muka bumi ini. Tapi kita manusia, kerja kita di muka bumi ini untuk melakukan segala kebaikan.. Perhatikan kisah nabi adam dan iblis.
Sifat angkuh dan sombong telah banyak membinasakan makhkuk Allah s.w.t, bermula dari peristiwa pengusiran iblis dari syurga kerana niat sombongnya enggan sujud kepada Nabi Adam a.s tatkala diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk sujud hormat kepadanya. Demikian juga Allah telah menenggelamkan Qarun berserta seluruh hartanya ke dalam perut bumi disebabkan kesombongan dan keangkuhannya terhadap Allah s.w.t dan juga kepada kaumnya sendiri.
Apa sebab kita perlu sombong dan angkuh? nak ikut perangai mereka? Ikutlah kalau mahukan neraka. Siapa nak neraka? tak nak! tak nak! Kami mahukan syurga! ya syurga itu yang diidamkan umat manusia tapi berapa banyak yang mengamalkan dan berusaha untuk ke syurga Allah? 10%, 20%, 50% atau 100%??? tanyalah diri kita. sedar tak kita ni? MashaAllah!

Manusia tidak layak untuk sombong dan bermegah-megah kerana manusia adalah makhluk yang lemah. Realitinya, terdapat ramai umat manusia yang lupa jati dirinya, sehingga membuat dia sombong dan angkuh untuk menerima kebenaran, memandang rendah orang lain, serta memandang dirinya sempurna segala-galanya.
"Besarnya rumah awak.., besarnya kereta awak.., besarnya phone awak.., Wahh ipad, galaxy s2, noteII.., cantiknya pakaian awak.., mahalnya barang awak.., Wahhh Kelvin klein, Prada, Bonia, Polo...!"
"Boleh saya tanya satu soalan....? Awak bahagia hidup macam ini?"
Memang kau akan bahagia bila kau tahu bersyukur pada Sang Pemberi Rezeki, tapi bila kau bermegah-megah dan sombong dengan segala harta yang kau ada, kau tak akan rasa bahagia hidup itu malah kau akan cakap 'Bahagia ke aku ni???'. Bila kau tahu erti syukur dengan segala nikmat yang kau dapat barulah rasa bahagia. Segala kebahagiaan kita dapat adalah kembali pada sang Pencipta kita iaitu ALLAH S.W.T. Bila kita ingat dia.., bila kita amalkan segala perintah yang dia beri masa tu lah rasa bahagianya hidup ini.. bahagianya hidup bertuhankan Allah.

Rasulullah SAW, telah menjelaskan tentang bahayanya sifat sombong dan angkuh sebagaimana diriwayatkan dari Abdullah Bin Mas'ud r,a., dari Nabi SAW beliau bersabda;
"Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong", kemudian seseorang berkata: "(Ya Rasulullah) sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus", Beliau bersabda: "Sesunguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan, (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain" (HR. Muslim)

Kau cantik.., kau tampan.., kau mempunyai segalanya, tapi dari mana ia datang? kau ada harta.., kau ada pangkat.., kau ada darjat.., kau orang ternama.., ramai orang mengenali diri kau.., itu sebab kau sombong? itu sebab kau bermegah-megah? Dari mana ia datang? Jangan rasa diri kita mulia punya segalanya. Kita punya Allah, Dia mempunyai segalanya! ingat tiada sebab kita perlu sombong.
Kekayaan dan kecantikan membuatkan seseorang berjalan dengan megah dan bongkak, golongan ini suka memandang rendah orang bawahan, lemah, miskin dan tidak setaraf dengan mereka. Berteguran lah sesama kita..kita sama-sama manusia, mempunyai Pencipta yang sama..bukankah mengeratkan hubungan silaturrahim lebih baik?

Allah SWT berfirman di dalam surah luqman, ayat 18;
"Dan janganlah engkau memalingkan wajah daripada manusia (kerana sombong) dan berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.
Ibnu Abbas r.a , ketika menjelaskan makna firman Allah s.w.t: ”Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia” berkata: "Janganlah kamu sombong dan merendahkan manusia, hingga kamu memalingkan mukamu ketika mereka berbicara kepadamu." (Tafsir At-Thabari 21/74)
Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan Firman Allah s.w.t., ”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh”, maksudnya: ”Janganlah kamu menjadi orang yang sombong, keras kepala, berbuat sesuka hati, janganlah kamu lakukan semua itu yang menyebabkan Allah murka kepadamu". (Tafsir Ibnu Katsir 3/417).

''ALLAH TAK SUKA ORANG YANG SOMBONG''
Apabila sombong Allah akan mengunci pintu hati sebagaimana firman Allah SWT;
“Ðemikianlah Allah mengunci mati pintu hati mereka yang sombong, lagi bermaharajalela dengan sewenang-wenangnya.” (surah al-ghafir, ayat 35)

Hati merupakan sumber kesombongan, sedangkan anggota tubuh badan hanya tunduk dan patuh mengikut kehendak hati. Oleh itu, Allah mengunci pintu hatinya.
Orang yang sombong juga akan mendapat kehinaan di dunia berupa kejahilan sebagai balasan perbuatannya. Perhatikan firman Allah SWT yang bermaksud, “Aku akan memalingkan (hati) orang yang sombong di muka bumi tanpa alasan yang benar daripada (memahami) ayat-ayat-Ku (yang menunjukkan kekuasaan-Ku).” (Surah al-A’raf 7, ayat 146)
Orang yang sombong hina di akhirat sebagaimana Rasulullah SAW bersabda;
“Orang yang sombong akan dihimpunkan pada hari kiamat dalam bentuk semut-semut kecil dengan rupa manusia. Ðari segala tempat datang kehinaan kepada mereka, mereka digiring ke penjara; neraka Jahanam yang disebut Bulas, di bahagian atasnya api yang menyala-nyala dan mereka diberi minuman daripada kotoran (najis) penghuni neraka.” (HR at-Tirmidzi dan Ahmad)

Hidup kita hanya lah sia-sia bila tidak ingat pada Allah, jika kita terikut-ikut syaitan durjana itu di mana tempat kita nanti.. syurga atau neraka? Fikirkan lah wahai diri. Ya Allah hindarkan lah aku daripada godaan syaitan. Ya Allah Engkaulah tempat meminta segala sesuatu. Aku ingin bersyukur dengan segala nikmat-Mu. Jauhilah aku daripada segala sifat sombong, takbur dan angkuh. Dekatkan lah aku pada-Mu ya Rabb :'(
Alhamdulillah~
No comments:
Post a Comment