Thursday

KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN :D


Bismillahirrahmanirrahim, (بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!


Bila disebut kejayaan pasti ramai yang inginkan kejayaan. Siapa tidak mahu kejayaan tapi bagaimana cara mahu memperoleh kejayaan itu? Kalau kita mahukan kejayaan kita perlu berusaha tajamkan akal fikiran dengan ilmu pengetahuan.

Dengan adanya ilmu pengetahuan kita dapat tahu tahap mana kita boleh menuju kejayaan itu. Ilmu pengetahuan sangat penting untuk dapatkan kejayaan, sama ada kejayaan di dunia mahupun akhirat. Bila ingin berjaya kita perlu praktikkan diri dengan segala amalan kebaikan, apa niat kita untuk mendapat kejayaan? Bila niat kita ke arah keburukan pasti susah untuk kita dapat kejayaan itu. Fikirkan niat kita serta amalan kebaikan kita, dengan izin Allah pasti dapat apa yang kita mahukan sekiranya niat ke arah kebaikan.

Dan kita pasti bercita-cita mahukan kecemerlangan dalam akademik. Semua orang ada azam mahukan kecemerlangan itu, tapi kalau kita tiada usaha dan doa..bagaimana kita boleh dapat kecemerlangan itu? Allah tak akan beri kecemerlangan pada orang yang tak tahu nak berusaha..tak pernah ingat pada Allah. Usaha itu sangat penting..bukan senang nak dapatkan kecemerlangan. Dan bila kita dapat kecemerlangan itu pasti ada hikmah disebaliknya, mengapa Allah beri kecemerlangan itu pada kita? Mungkin Allah nak suruh kita sentiasa ingat padaNya, bersyukur padaNya, sedar atas kesilapan lalu kita. Walaupun seseorang itu dapat kejayaan tak semestinya dia sempurna amalan kebaikan dia sebelum ini. Seseorang itu perlu bersyukur dan ingat pada siapa yang beri kecemerlangan itu..Allah yang beri! Kita tak boleh lupa padaNya, kita perlu sentiasa ingat padaNya, atas kurniaannya pada kita.

Usaha dan Doa tidak boleh dipisahkan, selepas itu kita perlu bertawwakal pada Allah. Banyakkan beribadah pada Allah, pasti kejayaan milik kita. In shaa Allah! Jangan pernah berputus asa untuk mendapat kejayaan dan kecemerlangan. Allah pasti tolong kalau kita ingat Dia.. ingat usaha perlu ada..korbankan masa sedikit untuk mencapai kejayaan. Tinggalkan segala yang tak berfaedah, fokus apa yang kita mahukan...KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN!

Ya Allah aku bersyukur sangat kerana Engkau telah beri aku keputusan yang cemerlang dalam PMR..Alhamdulillah. Aku akan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Engkau beri pada aku..

ALHAMDULILLAH :')

No comments:

Post a Comment