Bismillahirrahmanirrahim, (بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Salam Jumaat, penghulu segala hari.. Semoga keindahan dan kedamaian ini dapat kita rasai.. Solat?! kita diperintahkan oleh Allah SWT untuk bersolat..tapi kita banyak kali tinggalkan solat sama ada sengaja ataupun tidak. MashaAllah!
Kita tahu solat ni Wajib dan dituntut agama. Ya memang solat ini perintah Allah supaya kita dapat mendekatkan diri padaNya, tapi kenapa kita sering tinggalkan solat? Kalau solat pun..kita solat main-main pula tu.. Solat merupakan tanda pertalian terus kita dengan Allah, pencipta kita! Tahu tak kita?? orang yang meninggalkan solat dengan sengaja atau malas adalah fasik dan berdosa besar!
Sungguh kejamnya diri kita ini sanggupkan melanggar perintah Pencipta kita..dia dah jadikan kita sepatutnya bersyukur, ini tidak! Kalau kita sengaja ataupun malas Wajib ganti balik.. Jika kita dah sedar dengan kesilapan kita yang selama ini kita tinggalkan solat tu..segeralah bertaubat! Allah akan mengampuni dosa kita walau besar mana pun dosa kita.
Apabila kita bersolat kita akan mendapat ketenangan..kita akan terpelihara daripada sebarang kemaksiatan..kita terasa dekatnya diri kita dengan tuhan. Terasa diri ini bertuhan! tak teringin ke nak syurga Allah?! Kalau teringin mari lah mulakan menjaga solat! Jangan sesekali cuba untuk tinggalkan! kalau tertinggal Wajib Qadha'.
"When life is rough PRAY, when life is great PRAY"
Mulai dari sekarang aku cuba untuk melaksanakan ibadah solat dengan sempurna..aku cuba untuk tidak tinggalkan solat. Aku ingin pelihara solatku..apabila aku dah dapat melatih diri untuk menjaga solat 5waktu.. aku akan cuba bersolat diawal waktu dan bersolat dengan khusyuk. In shaa Allah. Hanya Allah dapat membantuku! Semoga aku menjadi hamba Allah yang bersyukur! ALHAMDULILLAH :D
Aku juga mulai sedar dengan kesilapanku..
No comments:
Post a Comment