Dah 3 tahun aku tak sentuh blog ni. Lama aku lupa tentang kemunculan blog ni..Bila baca semua entri yang aku dah post baru mengimbau kenangan lepas bersama blog ni. Maafkan aku sebab tinggalkan kau begitu lama sekali..huhu. Aku akan post entri pada hari akan datang. in shaa Allah..
Cahaya Hati
Sunday
Thursday
Hadapi Kesakitan.
Bismillahirrahmanirrahim, (بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Kesakitan itu amat sakit, tidak tertanggung sakitnya..bila berada dalam situasi sakit kita akan meronta-ronta kesakitan. Bila orang tanya, kita mampu jawab 'Hanya Allah tahu betapa sakitnya'. Ya, Memang teramat sakit! Walau apa jua kesakitan yang dialami dapat diubati.. melainkan sakit Tua dan Mati. Kita perlu ikhtiar dengan apa cara sekalipun apabila sakit datang..banyak cara yang kita dapat ubati sakit.
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:

"Tiap-tiap penyakit itu ada ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"(HR Muslim dan Ahmad)
Kesakitan ini adalah ujian daripada Allah kepada kita, disebabkan oleh wabak, bala, ataupun disebabkan kelemahan dan kelalaian kita ini..dan Allah nak menguji sama ada kita ingat dia ataupun tidak! Ingat tak kita padaNya? sehari berapa kali kita ingat padaNya? Allahurabbi.. sedikit sekali kita ingat Dia, sedikit sekali kita bersyukur diatas segala nikmat yang Dia beri pada kita!
Masa sihat kita tak ingat pada Allah, kita tak bersyukur padaNya diatas nikmat sihat yang Dia beri..maka Allah datangkan penyakit kepada kita untuk kita sedar atas kekhilafan diri ini. Di dalam hadis riwayat bukhari ada mengatakan, "Ada dua jenis kenikmatan yang kebanyakan manusia lupa oleh kedua-duanya, iaitu kesihatan dan waktu lapang". Sihat dilupakan, sakit diingatan! Manusia memang sebegini 'lupa diri'! lupa dari mana kita datang, lupa ke mana kita akan dikembalikan..Allahurabbi.
Allah sayangkan kita, tapi kita? sedikit sekali kita bersyukur. Bila kita dah sakit masa tu baru kita nak ingat padaNya dan bersyukur diatas segala nikmat yang Allah beri selama ini. Allah Maha Penyayang! Dosa kita akan terhapus apabila kesakitan datang menimpa. Pemurahnya Allah.. sedarlah akan kesilapan wahai diri yang tidak terhitung banyak dosa kita padaNya.

Segala ujian yang Allah beri ada hikmah serta kenikmatan disebaliknya.
Hikmah disebalik kesakitan;
1.Allah mengangkat darjat dan menghapuskan dosa hambanya kerana bersabar menghadapi ujian dan cubaan. Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak ada seorang muslim pun yang ditimpa gangguan seperti tusukan duri atau lebih berat daripadanya melainkan dengan ujian itu dihapuskan Allah perbuatan buruknya serta digugurkan dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daunnya"(Riwayat Bukhari dan Muslim)2.Membentuk peribadi dan tahan uji dengan ujian dan melahirkan manusia berakhlak mulia serta melatih diri ini agar betambah sabar, tabah dan berpendirian teguh menghadapinya. Rasulullah SAW bersabda:
"Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukminin lelaki dan wanita yang mengenai diri, harta dan anaknya ( dengan sabar) sehingga dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa"(Riwayat Tarmizi)
Walaupun ada kenikmatan disebalik kesakitan kita juga perlu ikhtiar untuk menyembuhkan segala penyakit itu..banyak pekhidmatan yang ada seperti merawat secara perubatan islam..minum air tawar yang dibaca dengan ayat suci al-Quran, mengamalkan selawat syifa'..
Ada satu doa telah diajarkan oleh Rasulullah kepasa Utsman Ibnu Abil AshAssaqafi yang telah menderita suatu penyakit.."Bismillahi, Bismillahi, Bismillah, A'uzubillahi waqudratihi min syarri maa ujidu wa'uhazir",maksudnya: "Dengan Nama Allah, Dengan Nama Allah, Dengan Nama Allah, aku berlindung pada Allah dan qudratNya dari kejahatan penyakit yang aku deritan dan aku takuti"Rasulullah SAW bersabda: "Letakkan tanganmu pada bahagian sakit, bacalah ayat diatas tujuh kali, angkatlah tanganmu dan letakkan kembali, kemudian bacalah lagi tujuh kali, ulangi beberapa kali setiap hari dan malam"
Boleh juga menggunakan perkhidmatan hospital..rawatan daripada doktor, dan memakan ubat-ubatan tetapi Ubat bukan penyembuh. Ia hanyalah sebagai sebab musabbab sahaja. Penyembuh yang hakiki adalah Allah azza wa jalla. Sesiapa yang menganggap atau mengi'tiqadkan bahawa ubat dapat memberikan kesan atau menyembuhkan penyakit, maka orang dianggap syirik kepada Allah s.w.t. Sebab itu hadis riwayat Jabir sebagaimana diatas, Nabi menegaskan dengan perkataan: "Dengan izin Allah".
Supaya aku dapat menghadapi sebarang penyakit yang menimpa diri ini dengan penuh kesabaran.
Ya Allah, hindarilah aku daripada penyakit, jika Engkau datangkan kesakitan padaku..aku hanya mampu berdoa supaya aku menjadi hambaMu yang bersabar.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Monday
Jauhi sifat SOMBONG..
Bismillahirrahmanirrahim, (بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berkata,"Orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia memandang orang lain rendah, meremehkan dan menganggap orang lain itu tidak layak mengerjakan suatu urusan dia juga sombong dari menerima kebenaran dari orang lain". (Jami'ul Ulum Wal Hikam 2/275)
Sombong, takbur dan angkuh...ini sifat iblis dan syaitan laknatullah! Jangan ikut perangai mereka! Kerja mereka untuk menyesatkan manusia di muka bumi ini. Tapi kita manusia, kerja kita di muka bumi ini untuk melakukan segala kebaikan.. Perhatikan kisah nabi adam dan iblis.
Sifat angkuh dan sombong telah banyak membinasakan makhkuk Allah s.w.t, bermula dari peristiwa pengusiran iblis dari syurga kerana niat sombongnya enggan sujud kepada Nabi Adam a.s tatkala diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk sujud hormat kepadanya. Demikian juga Allah telah menenggelamkan Qarun berserta seluruh hartanya ke dalam perut bumi disebabkan kesombongan dan keangkuhannya terhadap Allah s.w.t dan juga kepada kaumnya sendiri.
Apa sebab kita perlu sombong dan angkuh? nak ikut perangai mereka? Ikutlah kalau mahukan neraka. Siapa nak neraka? tak nak! tak nak! Kami mahukan syurga! ya syurga itu yang diidamkan umat manusia tapi berapa banyak yang mengamalkan dan berusaha untuk ke syurga Allah? 10%, 20%, 50% atau 100%??? tanyalah diri kita. sedar tak kita ni? MashaAllah!

Manusia tidak layak untuk sombong dan bermegah-megah kerana manusia adalah makhluk yang lemah. Realitinya, terdapat ramai umat manusia yang lupa jati dirinya, sehingga membuat dia sombong dan angkuh untuk menerima kebenaran, memandang rendah orang lain, serta memandang dirinya sempurna segala-galanya.
"Besarnya rumah awak.., besarnya kereta awak.., besarnya phone awak.., Wahh ipad, galaxy s2, noteII.., cantiknya pakaian awak.., mahalnya barang awak.., Wahhh Kelvin klein, Prada, Bonia, Polo...!"
"Boleh saya tanya satu soalan....? Awak bahagia hidup macam ini?"
Memang kau akan bahagia bila kau tahu bersyukur pada Sang Pemberi Rezeki, tapi bila kau bermegah-megah dan sombong dengan segala harta yang kau ada, kau tak akan rasa bahagia hidup itu malah kau akan cakap 'Bahagia ke aku ni???'. Bila kau tahu erti syukur dengan segala nikmat yang kau dapat barulah rasa bahagia. Segala kebahagiaan kita dapat adalah kembali pada sang Pencipta kita iaitu ALLAH S.W.T. Bila kita ingat dia.., bila kita amalkan segala perintah yang dia beri masa tu lah rasa bahagianya hidup ini.. bahagianya hidup bertuhankan Allah.

Rasulullah SAW, telah menjelaskan tentang bahayanya sifat sombong dan angkuh sebagaimana diriwayatkan dari Abdullah Bin Mas'ud r,a., dari Nabi SAW beliau bersabda;
"Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong", kemudian seseorang berkata: "(Ya Rasulullah) sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus", Beliau bersabda: "Sesunguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan, (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain" (HR. Muslim)

Kau cantik.., kau tampan.., kau mempunyai segalanya, tapi dari mana ia datang? kau ada harta.., kau ada pangkat.., kau ada darjat.., kau orang ternama.., ramai orang mengenali diri kau.., itu sebab kau sombong? itu sebab kau bermegah-megah? Dari mana ia datang? Jangan rasa diri kita mulia punya segalanya. Kita punya Allah, Dia mempunyai segalanya! ingat tiada sebab kita perlu sombong.
Kekayaan dan kecantikan membuatkan seseorang berjalan dengan megah dan bongkak, golongan ini suka memandang rendah orang bawahan, lemah, miskin dan tidak setaraf dengan mereka. Berteguran lah sesama kita..kita sama-sama manusia, mempunyai Pencipta yang sama..bukankah mengeratkan hubungan silaturrahim lebih baik?

Allah SWT berfirman di dalam surah luqman, ayat 18;
"Dan janganlah engkau memalingkan wajah daripada manusia (kerana sombong) dan berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.
Ibnu Abbas r.a , ketika menjelaskan makna firman Allah s.w.t: ”Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia” berkata: "Janganlah kamu sombong dan merendahkan manusia, hingga kamu memalingkan mukamu ketika mereka berbicara kepadamu." (Tafsir At-Thabari 21/74)
Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan Firman Allah s.w.t., ”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh”, maksudnya: ”Janganlah kamu menjadi orang yang sombong, keras kepala, berbuat sesuka hati, janganlah kamu lakukan semua itu yang menyebabkan Allah murka kepadamu". (Tafsir Ibnu Katsir 3/417).

''ALLAH TAK SUKA ORANG YANG SOMBONG''
Apabila sombong Allah akan mengunci pintu hati sebagaimana firman Allah SWT;
“Ðemikianlah Allah mengunci mati pintu hati mereka yang sombong, lagi bermaharajalela dengan sewenang-wenangnya.” (surah al-ghafir, ayat 35)

Hati merupakan sumber kesombongan, sedangkan anggota tubuh badan hanya tunduk dan patuh mengikut kehendak hati. Oleh itu, Allah mengunci pintu hatinya.
Orang yang sombong juga akan mendapat kehinaan di dunia berupa kejahilan sebagai balasan perbuatannya. Perhatikan firman Allah SWT yang bermaksud, “Aku akan memalingkan (hati) orang yang sombong di muka bumi tanpa alasan yang benar daripada (memahami) ayat-ayat-Ku (yang menunjukkan kekuasaan-Ku).” (Surah al-A’raf 7, ayat 146)
Orang yang sombong hina di akhirat sebagaimana Rasulullah SAW bersabda;
“Orang yang sombong akan dihimpunkan pada hari kiamat dalam bentuk semut-semut kecil dengan rupa manusia. Ðari segala tempat datang kehinaan kepada mereka, mereka digiring ke penjara; neraka Jahanam yang disebut Bulas, di bahagian atasnya api yang menyala-nyala dan mereka diberi minuman daripada kotoran (najis) penghuni neraka.” (HR at-Tirmidzi dan Ahmad)

Hidup kita hanya lah sia-sia bila tidak ingat pada Allah, jika kita terikut-ikut syaitan durjana itu di mana tempat kita nanti.. syurga atau neraka? Fikirkan lah wahai diri. Ya Allah hindarkan lah aku daripada godaan syaitan. Ya Allah Engkaulah tempat meminta segala sesuatu. Aku ingin bersyukur dengan segala nikmat-Mu. Jauhilah aku daripada segala sifat sombong, takbur dan angkuh. Dekatkan lah aku pada-Mu ya Rabb :'(
Alhamdulillah~
Kenapa MARAH?! Jangan!
Bismillahirrahmanirrahim, (بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Setiap orang pasti ada perasaan marah. Marah itu akan datang tanpa kita duga, tadi kita gembira sekarang tiba-tiba je kita marah. Memang tak terduga datangnya perasaan marah itu, jadi kita perlu mengawal dan menghadapi kemarahan itu.
Apabila datangnya perasaan marah kita perlu bijak mengawal emosi marah itu. Marah yang tidak terkawal boleh membinasakan diri sendiri dan mengguris hati orang. Kita perlu kawal sifat-sifat yang dikeji oleh Allah. Syaitan sangat suka melihat umat manusia apabila api kemarahan menguasai diri. Suka ke kita syaitan tengah melompat kegembiraan sedangkan kita tengah marah? Syaitan mesti akan cakap "Hooreyy aku berjaya! aku berjaya!". Yang kita api kemarahan tengah membara.. Bila kita marah kawan sebelah kita tengah gelak ketawa pasti geramkan.. pasti kita tak suka ada kawan macamtu.. dah tu kenapa marah? nak berkawan dengan syaitan? oh tidak!
Kita tak akan rugi bila mengawal emosi marah itu malah kita akan berjaya dan bahagia membuat syaitan pulak yang marah. Suka tak kalau syaitan marah? Mesti kita suka, kita pula yang akan melompat kegembiraan. Eh tak mungkin lah nak melompat sebab kita tak nampak syaitan laknatullah tu..tapi kalau kita terfikir syaitan tengah marah apabila kita tenang kita melompatlah kegembiraan pasti syaitan marah meluap-luap. Wah terasa bahagianya hidup ini dapat mengalahkan syaitan laknatullah.
Tips untuk mengawal kemarahan:
1.DIAM.
Apabila emosi marah menguasai diri, berdiamlah sebagaimana Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah diam." (HR Imam Ahmad)
2.ISTI'AZAH.

Apabila emosi marah menguasai diri, berlindunglah kepada Allah (BerIstia'zah) sebagaimana firman Allah SWT: ''Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi bisikan/fikiran jahat daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). (Al-A'raaf: 200-201)
Dari Sulaiman bin Shurad r.a. katanya:
Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling maki-memaki. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah S.A.W bersabda:
''Sesungguhnya saya mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (kemarahannya), iaitu andaikata dia mengucapkan: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم, tentulah lenyap apa yang ditemuinya (kemarahannya) itu."Seseorang lalu berkata kepadanya (orang yang merah padam mukanya): "Sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda: Mohonlah perlindungan kepada Allah S.W.T dari syaitan yang direjam." (Muttafaq'alaih)
A'uzubillahi minash shaitanirrajim(أعوذ بالله من الشيطان الرجيم)
*BOLEH JUGA BACA AYAT KURSI DAN 3 SURAH QUL.
3.WUDHUK.
Apabila emosi marah menguasai diri, berwudhuklah sebagaimana sabda Rasulullah SAW: "Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk. (HR Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya).
4.TUKAR KEDUDUKAN.
Apabila emosi marah menguasai diri, tukarlah kedudukan sebagaimana Sabda Rasulullah SAW: "Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring."(HR Ahmad dan Abu Daud)
Melatihlah untuk mengawal emosi kemarahan wahai diri supaya tidak mengikut sifat syaitan yang dikeji oleh Allah ini. Kenapa Marah? kita tidak perlu marah...ada jalan terbaik untuk merasa bahagia merasa gembira di dalam kehidupan ini. JANGAN MARAH, MARAH SIFAT SYAITAN!
Alhamdulillah~
Alhamdulillah~
Saturday
Apabila BOSAN, dekatkan diri pada Allah :)
Bismillahirrahmanirrahim, (بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Manusia sering kali merungut dan mengeluh apabila diri sedang kebosanan. Hidup memang bosan kalau kita tak tahu apa yang kita harus buat. Banyak benda yang kita boleh buat untuk hilangkan kebosanan.
Ada segelintir manusia apabila bosan mereka akan berkata begini...
''Aku BOSAN lah''
''Takde orang nak layan aku ke? dah lah BOSAN ni''
''takde buat apa pun cuti ni..BOSAN wehh''
Hai sahabat sehari berapa banyak awak cakap bosan? Berpuluh-puluh kali awak cakap bosan pun tapi bila awak masih duduk memikirkan kebosanan awak tu..takde maknanya hilang bosan awak tu..Cuba lah fikir apa yang perlu buat bila bosan tu.. Ada juga bila orang dah nasihat buat itu..ini.. masih cakap bosan lagi, sedangkan diri tu tak buat apa.
Kalau susah sangat nak hilangkan bosan tu.. Bukankah lebih baik fikir elok-elok apa yang harus kita buat..kita tanya pada diri, sudah laksanakan tanggungjawab pada Allah? solat..baca al-Quran.. Kalau belum buat dulu, guarantee bosan hilang. Percaya lah dekatkan diri pada Allah..saat itu bosan terus hilang. Bukan bosan je hilang..hati pun tenang. In shaa Allah! Kalau boleh buat seikhlas yang boleh. Bersyukurlah padaNya kerana masih hidup boleh melaksanakan apa yang kurang dalam dunia ni, jangan di akhirat baru nak menyesal. Tapi waktu hidup kat dunia..masa bosan tak ingat Allah. Sudah terlambat!
Apabila terasa bosan banyakkan beribadah seperti baca al-Quran, solat sunat, memperbanyakkan solat sunat untuk cover solat fardhu kita yang terlalai akibat godaan syaitan. Buat amal kebaikan juga ibadah..setiap amal kebaikan kita semuanya ibadah.
Baca al-Quran lah saat hati kita betul-betul tenang. Tidak rasa bosan pun..apabila kita buka tafsir al-Quran, fahami ayat al-Quran..masa tu hati kita mesti tersentuh dengan kata-kata Allah. Pasti kita akan teruskan beribadah pada Allah. Apabila bosan, dekatkan diri pada Allah. Ingatlah InnAllaha Ma'ana!
Aku juga sering kali bosan tapi bila dah buat semua ini terasa manisnya ibadah.. pasti redha Allah yang kita mahukan..Bosan boleh dihilangkan dengan apa cara sekalipun, tak perlu nak merungut, mengeluh. Dengan izin Allah apa yang kita nak, pasti dapat.. ingatlah wahai diri kehidupan ini perlu banyak melaksanakan perintah..ibadah kepada Allah, melakukan segala amal kebaikan. Hidup ini hanya sementara, akhirat selamanya.. syurga atau neraka yang kita mahukan? fikirlah wahai diri..jangan terleka dengan kehidupan yang sementara ini. Katakan pada diri.. 'SYURGA AKU DATANG!'

KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN :D
Bismillahirrahmanirrahim, (بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Bila disebut kejayaan pasti ramai yang inginkan kejayaan. Siapa tidak mahu kejayaan tapi bagaimana cara mahu memperoleh kejayaan itu? Kalau kita mahukan kejayaan kita perlu berusaha tajamkan akal fikiran dengan ilmu pengetahuan.
Dengan adanya ilmu pengetahuan kita dapat tahu tahap mana kita boleh menuju kejayaan itu. Ilmu pengetahuan sangat penting untuk dapatkan kejayaan, sama ada kejayaan di dunia mahupun akhirat. Bila ingin berjaya kita perlu praktikkan diri dengan segala amalan kebaikan, apa niat kita untuk mendapat kejayaan? Bila niat kita ke arah keburukan pasti susah untuk kita dapat kejayaan itu. Fikirkan niat kita serta amalan kebaikan kita, dengan izin Allah pasti dapat apa yang kita mahukan sekiranya niat ke arah kebaikan.
Dan kita pasti bercita-cita mahukan kecemerlangan dalam akademik. Semua orang ada azam mahukan kecemerlangan itu, tapi kalau kita tiada usaha dan doa..bagaimana kita boleh dapat kecemerlangan itu? Allah tak akan beri kecemerlangan pada orang yang tak tahu nak berusaha..tak pernah ingat pada Allah. Usaha itu sangat penting..bukan senang nak dapatkan kecemerlangan. Dan bila kita dapat kecemerlangan itu pasti ada hikmah disebaliknya, mengapa Allah beri kecemerlangan itu pada kita? Mungkin Allah nak suruh kita sentiasa ingat padaNya, bersyukur padaNya, sedar atas kesilapan lalu kita. Walaupun seseorang itu dapat kejayaan tak semestinya dia sempurna amalan kebaikan dia sebelum ini. Seseorang itu perlu bersyukur dan ingat pada siapa yang beri kecemerlangan itu..Allah yang beri! Kita tak boleh lupa padaNya, kita perlu sentiasa ingat padaNya, atas kurniaannya pada kita.
Usaha dan Doa tidak boleh dipisahkan, selepas itu kita perlu bertawwakal pada Allah. Banyakkan beribadah pada Allah, pasti kejayaan milik kita. In shaa Allah! Jangan pernah berputus asa untuk mendapat kejayaan dan kecemerlangan. Allah pasti tolong kalau kita ingat Dia.. ingat usaha perlu ada..korbankan masa sedikit untuk mencapai kejayaan. Tinggalkan segala yang tak berfaedah, fokus apa yang kita mahukan...KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN!
Ya Allah aku bersyukur sangat kerana Engkau telah beri aku keputusan yang cemerlang dalam PMR..Alhamdulillah. Aku akan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Engkau beri pada aku..
ALHAMDULILLAH :')

Kesilapan! .... ?
Bismillahirrahmanirrahim, (بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Kita sudah tersilap jauh dalam menutup aurat! sedar tak? mungkin kebanyakan tak sedar..dan mungkin sedar tapi buat tak hirau! Jangan begitu.. Kita sebagai kaum perempuan memang kena tutup supaya kaum lelaki tidak bergetar hati nafsu bila melihat aurat kita yang terbuka tu.
Kesalahan kita apabila bertudung:
1.PAKAI TUDUNG tapi.. berT-shirt lengan pendek!
2.PAKAI TUDUNG tapi.. baju sendat, nipis, memaparkan kawasan yang menggoda!
3.PAKAI TUDUNG tapi.. hanya dikepala, dada terdedah tak menutupi dengan kain tudung!
4.PAKAI TUDUNG tapi.. kainnya nipis, boleh nampak leher!
5.PAKAI TUDUNG tapi.. style dia bukan main lagi.. ada yang boleh nampak bentuk lehernya dan dada terdedah! (fesyen turban)
6.PAKAI TUDUNG tapi.. pakai stokin tangan(inner) ketat!
7.PAKAI TUDUNG tapi.. sanggul saja ditinggikan macam punuk unta!
8.PAKAI TUDUNG tapi.. gambar menggodakan dan buat mimik muka!
Ini salah! Kita hanya bertudung, tapi belum menutup aurat! Seumpama berpakaian tetapi telanjang! MashaAllah! Ingatlah wahai diri.. dosa free dapat! Aku tidak mahu dosa membelenggu diri Ya Allah. Perlu menutup aurat sepenuhnya, untuk kebaikan diri..ada faham?! Maruah harus dijaga!
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ada golongan dari penduduk neraka yang belum aku melihat..
Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga serta tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu boleh tercium dari jauh. (Riwayat Hadis Muslim)''
Apabila ingin menutup aurat perlulah berpandukan pada yang betul, jangan tersalah. Kalau bertudung tapi berpakaian seperti telanjang hakikatnya sama je dosa macam tak tutup aurat..diseksa juga..MashaAllah!
Ingat..Allah SWT berfirman dalam surah An-Nur, ayat 31:
''Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali biasa terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya......"
Dan ingat ini..Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab, ayat 59:
''Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya(baju longgar) ke seluruh tubuh mereka. ''Yang demikan itu agar mereka lebih mudah dikenali sehingga mereka tidak diganggu..."
Menutup aurat dengan berpandukan cara seperti gambar diatas. Baru lah betul! Mungkin ini salah satu usaha untuk ke syurga Allah! Dan tutur kata perlu lah sopan serta berbudi bahasa baru lah nampak ciri-ciri Muslimah yang Solehah, bukan ke nampak manis tuu...!
Ada segelintir orang cakap..
"Harap je pakai tudung, tapi mulut kalah %^&*!!!''
"Harap je pakai tudung, tapi......"
Mungkin orang yang mereka katakan bukan orang tutup aurat dengan sempurna tapi hanya bertudung..Kebanyakkan kita tengok orang yang tutup aurat dengan sempurna tidak seburuk yang disangkakan.. Mereka ikut perintah Tuhan! Mereka baik-baik sahaja, nampak Muslimah yang Solehah bukan? Tenang je melihat. Tiada gangguan daripada kaum ajnabi! Kalau ada pun orang yang tutup aurat sempurna tapi berperangai sebegitu, sekurang-kurangnya mereka ikut perintah Tuhan..tapi kita??! Sentiasalah perbaiki wahai diri.. Ingat! Ya Allah mempermudahkan lah hambaMu ini melaksanakan perintahMu. Amin.
Alhamdulillah :D
Kesalahan kita apabila bertudung:
1.PAKAI TUDUNG tapi.. berT-shirt lengan pendek!
2.PAKAI TUDUNG tapi.. baju sendat, nipis, memaparkan kawasan yang menggoda!
3.PAKAI TUDUNG tapi.. hanya dikepala, dada terdedah tak menutupi dengan kain tudung!
4.PAKAI TUDUNG tapi.. kainnya nipis, boleh nampak leher!
5.PAKAI TUDUNG tapi.. style dia bukan main lagi.. ada yang boleh nampak bentuk lehernya dan dada terdedah! (fesyen turban)
6.PAKAI TUDUNG tapi.. pakai stokin tangan(inner) ketat!
7.PAKAI TUDUNG tapi.. sanggul saja ditinggikan macam punuk unta!
8.PAKAI TUDUNG tapi.. gambar menggodakan dan buat mimik muka!
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ada golongan dari penduduk neraka yang belum aku melihat..
"Ada golongan dari penduduk neraka yang belum aku melihat..
Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga serta tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu boleh tercium dari jauh. (Riwayat Hadis Muslim)''
Apabila ingin menutup aurat perlulah berpandukan pada yang betul, jangan tersalah. Kalau bertudung tapi berpakaian seperti telanjang hakikatnya sama je dosa macam tak tutup aurat..diseksa juga..MashaAllah!
Ingat..Allah SWT berfirman dalam surah An-Nur, ayat 31:
''Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali biasa terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya......"
Dan ingat ini..Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab, ayat 59:
''Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya(baju longgar) ke seluruh tubuh mereka. ''Yang demikan itu agar mereka lebih mudah dikenali sehingga mereka tidak diganggu..."
Menutup aurat dengan berpandukan cara seperti gambar diatas. Baru lah betul! Mungkin ini salah satu usaha untuk ke syurga Allah! Dan tutur kata perlu lah sopan serta berbudi bahasa baru lah nampak ciri-ciri Muslimah yang Solehah, bukan ke nampak manis tuu...!
"Harap je pakai tudung, tapi mulut kalah %^&*!!!''
"Harap je pakai tudung, tapi......"
Mungkin orang yang mereka katakan bukan orang tutup aurat dengan sempurna tapi hanya bertudung..Kebanyakkan kita tengok orang yang tutup aurat dengan sempurna tidak seburuk yang disangkakan.. Mereka ikut perintah Tuhan! Mereka baik-baik sahaja, nampak Muslimah yang Solehah bukan? Tenang je melihat. Tiada gangguan daripada kaum ajnabi! Kalau ada pun orang yang tutup aurat sempurna tapi berperangai sebegitu, sekurang-kurangnya mereka ikut perintah Tuhan..tapi kita??! Sentiasalah perbaiki wahai diri.. Ingat! Ya Allah mempermudahkan lah hambaMu ini melaksanakan perintahMu. Amin.
Alhamdulillah :D
Subscribe to:
Posts (Atom)